Memupuk Anak Semaian pada Musim Bunga

2022-04-13 21:41:52  CRI
Share with:

Setibanya masa membajak pada musim bunga ketika ini, anak semaian dalam pinggan-pinggan pemupuk yang berbentuk acuan di perladangan di kampung Jinzhu, bandar Meishan, provinsi Sichuan kelihatan sudah bertunas. 

Suasana sibuk boleh terasa ketika melihat para petani merumput untuk membuat persiapan menanam anak semaian di sawah dengan menggunakan mesin.

Difahamkan, teknologi memupuk anak semaian bermodelkan ‘talian pengeluaran’ yang terbukti mampu menjimat tenaga kerja dan meningkatkan keefisienan sudah dipopularkan di kawasan terbabit sejak tahun 2020. 

Jumlah tuaian dijangka meningkat 10 peratus berbanding dengan masa dulu sebelum penerimagunaan teknologi tersebut.