Rekod Baharu Pemunggahan dan Pemuatan Kontena di Pelabuhan Tianjin

2022-04-13 21:50:40  CRI
Share with:

Menurut maklumat Kumpulan Pelabuhan Tianjin China baru-baru ini, di sebalik pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia, pelabuhan Tianjin menyaksikan prestasi baik pada suku tahun pertama tahun ini dengan menyelesaikan pemunggahan dan pemuatan kontena sebanyak 4.62 juta unit bersamaan dua puluh kaki(TEU), meningkat 3.5 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun 2021, iaitu tahap tertinggi dalam sejarahnya.