Kampung Maona Giat Pacu Pembangunan Desa

2022-04-13 14:30:01  CRI
Share with:


Kampung Maona di bandar Wuzhishan merupakan salah satu destinasi yang dilawati Presiden China, Xi Jinping dalam tempoh tinjauannya di provinsi Hainan.

Menerusi usaha gigih, kampung yang didiami 128 penghuni itu berjaya merealisasikan pembangunan memberangsangkan pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Keistimewaan keadaan geografi menjadi kelebihan kampung Maona untuk menghasilkan daun teh yang sedap.

Kini, usaha penanaman teh telah dijalankan di ladang seluas 38 hektar di kampung itu, sekali gus menjadi sumber pendapatan penting bagi penduduk tempatan.

Di samping itu, kampung Maona juga giat memacu industri pelancongan dengan mengoptimumkan budaya etnik Li dan pemandangan tropikanya.