Lagu Tema Hari Bahasa China PBB 2022 Dilancarkan

2022-04-13 15:18:25  CRI
Share with:

Muzik video Kembara Belia, iaitu lagu tema rasmi bagi Hari Bahasa China Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2022 dan juga Festival Video Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan hari ini.

Muzik video tesebut mengibaratkan tamadun China sebagai seorang belia yang mengembara di seluruh dunia selama lima ribu tahun, apabila kembali ke tanah air masih muda dan cukup dinamik.

CMG bekerjasama dengan Perwakilan China ke PBB di Geneva serta beberapa pertubuhan antarabangsa lain melancarkan kempen mengumpul video ciptaan warga asing yang berkaitan tamadun China baru-baru ini. Setakat ini, pihak penganjur telah menerima hampir 950 video dari 45 negara. Senarai pemenang akan diumumkan dalam masa terdekat.  

Hari Bahasa China PBB disambut pada hari 'Hujan Bijian' mengikut kalendar tradisional China setiap tahun bagi memperingati Cang Jie, pencipta tulisan China.