China: Laporan Hak Asasi Manusia 2021 AS Putarbelitkan Fakta

2022-04-14 16:18:02  CRI
Share with:

China menyatakan ketidakpuasan dan bantahan keras terhadap Laporan Negara Mengenai Hak Asasi Manusia 2021 keluaran Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) serta kenyataan Setiausaha Negara, Antony Blinken yang tidak berasas.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan demikian dalam sidang akhbar pada Rabu.

Katanya, rakyat China lebih mengetahui situasi hak asasi manusia di negara ini berbanding orang lain. Keupayaan pentadbiran kerajaan China pun dapat dilihat oleh masyarakat antarabangsa. Namun, AS terus memfitnah dan menghitamkan China dan beberapa negara lain di dunia setiap tahun, dan ini mendedahkan hipokrit dan dwistandard negara itu.

Zhao berkata, ditinjau dari perspektif jamian hak asasi, AS adalah berhutang di dalam dan luar negeri. Walaupun negara itu mempunyai kelengkapan dan teknologi perubatan yang paling canggih di dunia, namun jangkitan dan kematian wabak COVID-19 di negara itu adalah yang paling banyak di dunia.

Dari segi dasar luar, AS melakukan hegemoni di seluruh dunia, mengakibatkan 20 juta pelarian di Afganistan, Iraq dan Syria. Perang 'antiganasan' yang dicetuskan AS dalam 20 tahun lalu telah meragut 900 ribu nyawa di dunia.

Zhao Lijian menegaskan bahawa AS patut menghentikan tindakan menghitamkan pihak lain, bermubasabah dan membaiki hak asasi manusia di negara sendiri.