Industri Teh, Penjana Pendapatan Penduduk

2022-04-14 21:34:46  CRI
Share with:

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan industri teh giat digalakkan di bandar Ankang, provinsi Shaanxi China bagi memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dan menjana pendapatan penduduk.

Setakat ini, lebih 190 ribu orang dilaporkan mendapat pekerjaan dalam industri teh yang berkembang maju di 78 pekan. 

Tanaman teh yang seluas 73 ribu hektar di bandar Ankang mampu membawa pulangan sebanyak RMB28 bilion (RM18.6 bilion) melalui pengeluarannya sebanyak 47.2 ribu tan setiap tahun.