Ikut Jejak Presiden Xi, Kenali Taman Negara di Hainan

2022-04-14 14:56:33  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengunjungi taman negara hutan hujan tropika di Wuzhishan pada Isnin untuk melihat sendiri usaha kerajaan tempatan dalam melindungi alam sekitar dan biodiversiti di pulau tropika itu.


Semasa berlangsungnya Persidangan ke-15 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) pada Oktober tahun lepas, Xi mengisytiharkan senarai taman negara di China, antaranya hutan hujan tropika di Hainan.


Dengan keluasan 4,269 kilometer persegi, taman negara di Hainan memiliki hutan hujan tropika yang paling luas dan dipelihara paling baik di China.

Taman negara diberi perlindungan kelas tertinggi, dengan sistem ekologi yang tidak ternilai.


Ia juga mempunyai ciri-ciri seperti landskap semula jadi paling unik serta kaya dengan sumber biodiversiti.


Dalam usaha membina taman negara, pengimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar turut dititikberatkan.


Difahamkan, program pemindahan melibatkan 1,885 penduduk di 11 kampung sekitar kawasan Wuzhishan diselesaikan dengan lancar, sekali gus menjamin kelestarian ekologi tempatan.