Ceburi Pembiakan Lebah di Dataran Tinggi

2022-04-14 14:35:54  CRI
Share with:

Xu Qingchang merupakan pembiak lebah yang berasal dari provinsi Henan, tengah China.

Lebih dua dekad menceburkan diri dalam kerjaya itu, beliau telah mengembara ke banyak tempat.

Kini, Xu memilih menetap di Nyingchi, Wilayah Autonomi Tibet untuk meneruskan usaha pembiakan lebah.

Menurut beliau, walaupun terletak di dataran tinggi, namun Nyingchi yang dilitupi tumbuh-tumbuhan yang merimbun sangat sesuai untuk membiak lebah.

Setiap bulan Mac hingga September, iaitu tatkala bunga bermekaran merupakan tempoh paling sesuai untuk menghasilkan madu berkualiti tinggi.

Xu kini mengusahakan pembiakan menggunakan 35 peti lebah, dan mampu meraih pendapatan kira-kira RMB60 ribu (RM40 ribu) setiap tahun.