Industri Roti Nan Berkembang Pesat di Peyzawat, Xinjiang

2022-04-15 14:33:47  CRI
Share with:




“Tiga hari tanpa daging masih boleh tahan, tapi sehari tanpa roti Nan tak boleh”. Roti Nan antara makanan kegemaran penduduk berbilang etnik di wilayah Xinjiang.

Kepelbagaian roti Nan pada zaman ini adalah hasil lelah payah tukang masak yang melakukan inovasi dan pengubahsuaian secara turun temurun.


Industri pemprosesan makanan roti Nan yang berkembang mantap merupakan salah satu penjana pendapatan dalam kempen pembasmian kemiskinan di kaunti Peyzawat, wilayah Xinjiang sejak akhir-akhir ini. Di Taman Industri Roti Nan sahaja, lebih 1,200 orang dilaporkan mendapatkan peluang pekerjaan dengan mengoperasi lebih 100 mesin pempanggang.