IMF: Konflik Rusia-Ukraine dan Inflasi Ancamkan Ekonomi Sejagat

2022-04-15 14:28:35  CRI
Share with:

Sempena berlangsungnya mesyuarat musim bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (WB), Pengarah IMF, Kristalina Georgieva menyatakan pada Khamis bahawa konflik antara Rusia dengan Ukraine sedang menjejaskan prospek ekonomi kebanyakan negara di dunia, manakala inflasi tinggi menjadi ancaman yang nyata dan realistik bagi ekonomi sejagat.

Menurutnya, konflik tersebut mengakibatkan penurunan unjuran ekonomi bagi 143 negara, walaupun kebanyakan negara itu mampu mewujudkan pertumbuhan positif.

Selain itu, peperangan telah menjejaskan perdagangan sumber tenaga dan makanan di dunia, dan kemungkinan mengakibatkan kekurangan makanan di Afrika dan Asia Barat.

Pada masa yang sama, untuk menangani inflasi tinggi bagi jangka masa panjang, bank puast pelbagai negara terpaksa menaikkan kadar faedah yang mungkin akan menyebabkan peningkatan ekonomi menjadi perlahan.