China Bantah Interaksi Rasmi AS dengan Taiwan

2022-04-15 13:54:13  CRI
Share with:

China tegas  membantah interaksi rasmi antara Amerika Syarikat(AS) dengan Taiwan dalam apa jua bentuk.  

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian sebagai respons terhadap lawatan ahli senat AS ke Taiwan pada sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Zhao menyatakan, ahli Kongres AS perlu mematuhi dasar satu China yang diamalkan oleh kerajaan AS. AS harus berpegang kepada  prinsip satu China dan tiga Pengumuman Bersama China-AS, menghentikan  hubungan rasmi dengan Taiwan bagi mengelakkan semakin jauh menapak di jalan yang berbahaya.

"China akan terus mengambil tindakan yang tegas untuk memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah sendiri," kata Zhao.