Hipokrasi AS dalam Hak Asasi Terpampang

2022-04-15 15:13:36  CRI
Share with:

Agensi berita Reuters baru-baru ini mempersoalkan tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Joe Biden yang hanya menerima 12 orang pelarian Ukraine pada bulan Mac.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), seramai 4.65 juta warga Ukraine melarikan diri dari tanah air sejak tercetusnya konflik ketenteraan negara itu dengan Rusia.

Reuters memetik data Jabatan Negara AS sebagai berkata, negara itu hanya menerima 514 pelarian Ukraine pada Januari dan Februari.

Terdahulu, Rumah Putih berjanji untuk menerima sehingga 100,000 pelarian Ukraine.

Dengan data yang diberikan tentang penerimaan pelarian Ukraine, ia secara tidak langsung mencerminkan bahawa janji-janji tersebut hanya sekadar omong kosong.

Menurut pendedahan majalah Forbes, pelarian Ukraine perlu menunjukkan bukti bahawa mereka akan pulang ke tanah air apabila memasuki AS.

Namun, memang sukar untuk para pelarian menunjukkan bukti yang dikehendaki itu, khususnya apabila berdepan dengan konflik yang masih berlarutan.

Siri perang yang dilancarkan AS selepas Perang Dunia II menyebabkan ramai nyawa terkorban, sementara puluhan juta rakyat jelata menjadi pelarian.

Hasil penyelidikan Institut Hal Ehwal Antarabangsa dan Awam Watson Universiti Brown menunjukkan “perang antikeganasan” yang dicetuskan AS dalam tempoh dua dekad lalu telah mengakibatkan lebih 929,000 nyawa terbunuh, dan sekurang-kurangnya 38 juta rakyat kehilangan tempat berteduh.

Contohnya, perang di Afghanistan yang berlarutan selama 20 tahun menyebabkan kira-kira 11 juta rakyat negara itu menjadi pelarian, dan hampir 23 juta lagi menghadapi masalah kelaparan yang teruk.

Rekod buruk AS dalam isu hak asasi manusia juga dapat dilihat apabila negara itu enggan meratifikasi beberapa perjanjian yang penting, antaranya Konvensyen Antarabangsa untuk Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya, serta Konvensyen Hak Orang Kurang Upaya.