Misi Shenzhou-13 Berjaya

2022-04-16 15:52:06  CRI
Share with:

Kapal angkasa Shenzhou-13 yang membawa tiga angkasawan China berjaya mendarat di kawasan pendaratan Dongfeng pada pukul 9.56 pagi tadi. Ketiga-tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu berada dalam keadaan fizikal yang baik. Ini menandakan misi penerbangan pembawa angkasawan itu mencapai kejayaan.

Kapal angkasa Shenzhou-13 dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 16 Oktober lalu, kemudihan digabungkan dengan modul teras Tianhe di stesen angkasa lepas. Ketiga-tiga angkasawan masuk ke modul teras tersebut dan tinggal di stesen angkasa lepas selama enam bulan, sekali gus mencipta rekod baharu masa angkasawan China di ruangan angkasa lepas.

Dalam tempoh tersebut, kru itu telah menjalankan eksperimen di luar modul sebanyak dua kali, dan memberikan 'kuliah Tiangong' sebanyak kali.

Kejayaan misi Shenzhou-13 ini menandakan tamatnya fasa ujian teknologi teras pembinaan stesen angkasa lepas dan fasa pembinaan stesen itu akan dimulakan.