Stesen Angkasa Lepas China, Wahana Dorong Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan

2022-04-18 13:18:12  CRI
Share with:

Kapal angkasa lepas Shenzhou-13 yang membawa tiga angkasawan angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu, berjaya mendarat di Bumi, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia (CMSEO), Hao Chun berkata, sejak tahun 2000, China turut menjayakan penerbangan buat enam kali.

Jelasnya, ia adalah termasuk penerbangan perdana roket Long March 5B, modul teras Tianhe di Stesen Angkasa Lepas, kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-12 dan Shenzhou-13, kapal pengangkutan kargo Tianzhou-2 dan Tianzhou-3.

Kata Hao, ia sekali gus mencapai matlamat penentusahan teknologi utama, serta menyediakan asas yang kukuh bagi pembangunan stesen angkasa lepas.

Menurut jadual yang ditetapkan, China akan menyelesaikan pembinaan dalam orbit di stesen angkasa lepas sepanjang tahun 2022 menerusi enam kali penerbangan, iaitu pelancaran kapal pengangkutan kargo Tianzhou-4 pada Mei, kapal bermanusia Shenzhou-14 pada Jun, kapsul makmal Wentian pada Julai, kapsul makmal Mengtian pada Oktober, kapal pengangkutan kargo Tianzhou-5 dan kapal bermanusia Shenzhou-15 pada hujung tahun ini.

"Kami berhasrat membangunkan stesen angkasa lepas China menjadi wahana mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan untuk bersama dengan angkasawan dan pasukan teknologi berkaitan dari pelbagai negara dalam usaha mengeksplorasi alam semesta dan mensejahterakan manusia," ujar Hao.

Untuk rekod, satu-satunya stesen angkasa lepas antarabangsa mula ditubuhkan pada 1998, dan dijangka berfungsi sampai tahun 2015, namun tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sebanyak dua kali.

Selepas beberapa tahun, stesen angkasa lepas China berkemungkinan menjadi satu-satunya stesen di dunia ini yang terbuka untuk pelbagai negara.

Dimaklumkan, sebanyak 17 buah negara telah terpilih dalam senarai projek ujian sains dan teknologi dalam kumpulan pertama yang diumumkan China.