Syarikat China Anjur Aktiviti Kebajikan Bulan Ramadan di Mesir

2022-04-18 14:36:42  CRI
Share with:

Aktiviti kebajikan bulan Ramadan 2022 anjuran bersama Persatuan Perusahaan China Mesir dan Persatuan Pembangunan Bersama Mesir diadakan pada Sabtu.

 

Lebih 30 buah syarikat China di negara itu menyumbang modal sebanyak EGP1 juta (RM231 ribu) untuk memberi bantuan kepada keluarga miskin tempatan.

 

Menurut Duta Besar China di Mesir, Liao Liqiang, bantuan syarikat China di negara itu kepada penduduk tempatan yang dalam kesukaran semasa bulan Ramadan memperlihatkan persahabatan berkongsi nasib dan saling membantu antara rakyat kedua-dua negara.

 

Ketua Persatuan Pembangunan Bersama Mesir, Hana Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada pihak China yang menjalankan aktiviti murni tersebut pada bulan Ramadan.

 

Menurut beliau, wang tunai dan barang bantuan akan dihantar kepada mereka yang dalam kesusahan agar dapat menghayati bulan Ramadan dalam keadaan sejahtera.

 

Hana juga berkata pihaknya berharap untuk terus meningkatkan kerjasama dan persahabatan dengan China.

 Untuk rekod, Persatuan Perusahaan China Mesir telah lapan kali berturut-turut menganjurkan aktiviti kebajikan bulan Ramadan sejak tahun 2015.

 

Difahamkan juga, sebanyak lebih 10 ribu kotak hadiah bulan Ramadan disediakan untuk lebih 40 ribu buah keluarga miskin di negara itu.

 

Tema utama aktviti kebajikan bulan Ramadan tahun ini ialah “persahabatan, membesar dan membangun”.