China Sumbang Barang Keperluan Lawan Wabak kepada Liga Arab

2022-04-18 13:17:59  CRI
Share with:

Barang-barang keperluan melawan pandemik COVID-19 yang disumbangkan kerajaan China termasuk pelitup muka telah dihantar kepada Sekretariat Liga Arab baru-baru ini.


Pihak Kedutaan China di Mesir menyatakan China ingin memperhebat sinergi dengan negara-negara Liga Arab dalam perjuangan membendung wabak.


Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Hossam Zaki turut merakamkan penghargaan atas bantuan China tersebut.


Katanya, negara-negara Liga Arab mengutamakan hubungan dengan China dalam pelbagai bidang, serta kolaborasi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


Duta China ke Mesir merangkap wakil ke Liga Arab, Liao Liqiang mengulangi kesediaan China untuk memperkasakan kerjasama dengan Liga Arab dalam pelbagai bidang, termasuk menjayakan sidang kemuncak China-Arab edisi pertama.