Wang Yaping Luah Kegembiraan Sekembalinya ke Rumah

2022-04-18 13:37:39  CRI
Share with:

Angkasawan China, Wang Yaping pada Ahad memuat naik status pertamanya di platform WeChat Moments, untuk meluahkan perasaan sekembalinya ke Bumi dengan selamat, menurut berita rasmi Weibo dalam ruangan "Our Space", iaitu laman sembang sosial China.

 

“Tidak mudah kembali ke rumah selepas bertugas selama setengah tahun! Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda semua yang menemani kami sepanjang siang dan malam. 

“Rasanya sangat baik dapat kembali ke Bumi dan ke rumah!” katanya. 

Wang merupakan angkasawan wanita China pertama yang berjaya berjalan di angkasa dan kembali ke Bumi bersama dua angkasawan lain dengan dibawa kapal angkasa Shenzhou-13 pada pagi Ahad.