Pasaran Pekerjaan China Kekal Stabil

2022-04-18 13:20:38  CRI
Share with:

Pasaran pekerjaan di China kekal stabil pada keseluruhannya susulan pelaksanaan pelbagai dasar keutamaan, termasuk inisiatif bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat wabak COVID-19.


Menurut Biro Statistik Negara (NBS), kadar pengangguran di bandar dan pekan mencatat 5.5 peratus pada suku pertama 2022, iaitu 0.1 mata peratusan lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas.


Jurucakapnya, Fu Linghui dalam sesi taklimat pagi tadi berkata, meskipun berdepan pelbagai kesukaran, namun prestasi dalam pengambilan pekerjaan mampu kekal mantap.


Tahun ini, kerajaan akan terus mengurangkan cukai pendapatan dan kos operasi syarikat serta meningkatkan sokongan terhadap ekonomi sebenar supaya menstabilkan pasaran pekerjaan.


Di samping itu, perkembangan keusahawanan dan inovasi secara berterusan juga kondusif bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.