Ekonomi China kekal Stabil

2022-04-19 16:58:45  CRI
Share with:

Untuk suku pertama (Q1) tahun ini, ekonomi di China dilihat begitu memberangsangkan.

 

Menurut data Biro Statistik Negara (NBS) China, KDNK meningkat sebanyak 4.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan meningkat 1.3% jika dibandingkan dengan suku keempat tahun lalu.

 

Sebenarnya, pencapaian ini tidak begitu menonjol berbanding peningkatan sebanyak lebih 6% di China pada beberapa tahun yang lalu.

 

Namun, pencapaian itu juga didorong oleh faktor cuti panjang Tahun Baru Cina yang jatuh pada Q1 tahun ini yang umum tahu ia biasanya membawa impak kepada pengeluaran.

 

Pada masa sama, penumbuhan 6% itu juga boleh disifatkan stabil tatkala tercetusnya perang Rusia-Ukraine, dan ditambah pula lagi dengan unsur kawalan wabak.

 

Bagaimanapun, mengawal kestabilan ekonomi pada suku kedua (Q2) 2022 merupakan cabaran sebenar bagi kerajaan China dan juga dunia.

 

Impak besar ekoran perang Rusia-Ukraine akan banyak kelihatan pada Q2 tahun ini, termasuk kenaikan harga tenaga, bahan makanan dan lain-lain.

 

Di dalam negara China pula, wabak yang tercetus di Shanghai pada awal bulan lalu masih berlarutan. Sebagai pusat ekonomi China, kawalan pegerakan yang terpaksa dilaksanakan di bandar itu dijangka membawa impak besar kepada ekonomi pada Q2 2022.

 

Yang lebih teruk, sejumlah besar syarikat di kawasan sekitar Shanghai, iaitu kawasan Delta Sungai Yangtze juga terpengaruh. Manakala ekonomi kawasan ini menduduki kira-kira 1/4 dari seluruh negara.

 

Boleh dikatakan, kebolehan China untuk mengatasi cabaran ini dengan secepat mungkin akan menjadi ujian bagi kemampuan pentadbiran kerajaan.

 

Tapi, adakah ekonomi China akan terhancur seperti jangkaan sebahagian media dan pakar Barat?

 

Bagi Satria, jawapan adalah tidak. Mengapa? Sebab ia sama dengan jangkaan kehancuran ekonomi China yang muncul setiap tahun dulu dan telah berulang kali terbukti tidak berasas.

 

Cabaran di Shanghai pada masa ini adalah keadaan luar biasa bagi China. Tapi kalau melihat tempoh dua tahun yang lalu, keadaan biasa di China adalah wabak terkawal dan ekonomi dipulih dengan stabil.

 

Pada masa yang sama, kita menyaksikan kesesatan di pelbagai pelabuhan sesetengah negara yang mengekorkan krisis rantaian bekalan global ekoran kegagalan kawalan wabak.

 

Pembangunan ekonomi China dalam dua tahun ini telah mencerminkan kawalan ketat terhadap wabak merupakan jaminan terhadap operasi sosioekonomi dan ini juga terbukti ketika “dinamik sifar COVID” berkesan terhadap wabak BA.2 Omicron yang tercetus di Shenzhen dan Jilin.

 

Meskipun kos “dinamik sifar COVID” di Shanghai tinggi ekoran respons yang lambat sedikit, tapi trend menurun kes baharu telah kelihatan di sana.

 

Perang Rusia-Ukriane memang akan membawa pengaruh negatif terhadap banyak negara, tapi China bukan negara utama yang menghadapi impak besar. Sebaliknya situasi serantau yang kekal stabil akan menjadi asas bagi China untuk mengurangkan impak tersebut.

 

Sebagai bukti, meskipun masih ketinggalan Kesatuan Eropah pada dua bulan pertama, tapi dengan peningkatan yang besar pada bulan Mac, ASEAN sekali lagi menggantikan Kesatuan Eropah menjadi rakan dagang terbesar China pada Q1.

 

Manakala, potensinya dijangka terus meningkat pada Q2, seiring dengan berkuatkuasanya RCEP.

 

Oleh itu, ekonomi China pada Q2 mungkin mengalami turun naik, tapi ia dijangka tidak mengubah trend pemulihan ekonomi China dengan stabil pada tahun ini.