AS, Perosak Order Antarabangsa

2022-04-19 15:04:57  CRI
Share with:

Manipulasi politik oleh Amerika Syarikat (AS) di sebalik konflik antara Rusia dan Ukraine, iaitu mematahkan ruang keselamatan Rusia melalui langkah memperluas NATO ke Timur, jelas diketahui umum.

 

AS kemudiannya menghasut Ukraine menganggotai NATO dengan niat untuk menimbulkan kemarahan Rusia sehingga tercetusnya konflik antara Rusia dan Ukraine.

 

Selain itu, AS mengumpul rakan sekutunya untuk melancarkan sekatan ke atas Rusia secara menyeluruh.

Tindakan tersebut bukan sahaja mendatangkan kesengsaraan kepada Rusia-Ukraine dan menghancurkan harapan Kesatuan Eropah yang mahu mewujudkan kebebasan strategi, malah ia membolehkan AS mendapat laba.


Dalam tempoh 240 tahun, AS hanya tidak terlibat dalam peperangan kurang daripada 20 tahun. Hakikatnya, AS bukan sahaja melancarkan perang, malah turut melakukan “serangan ekonomi”, iaitu senjata tajam Washington.

 

Menurut statistik, sasaran dalam senarai sekatan Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) AS telah meningkat dari 912 buah pada tahun 2000 ke 9,421 buah pada Oktober 2021.

 

Bahkan, jumlah sekatan yang dibenarkan OFAC juga bertambah secara mendadak, iaitu daripada 69 buah pada 2000 kepada 176 buah pada 2021.

 

Laporan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menunjukkan bahawa kira-kira dua pertiga kes yang melanggar peraturannya adalah dicetuskan AS.

 

Perbuatan AS yang membuli ekonomi negara lain sudah memerangi serius order ekonomi antarabangsa dan mengancam keselamatan ekonomi dunia.