Kualiti Alam Sekitar China Bertambah Baik

2022-04-19 14:17:08  CRI
Share with:


Kualiti alam sekitar di China khususnya udara dan air sungai bertambah baik sepanjang tahun lepas.

Menurut laporan kerajaan, kualiti udara seluruh negara terus meningkat, apabila perkadaran hari dengan kualiti udara baik direkod sebanyak 87.5 peratus, naik 0.5 mata peratusan tahun ke tahun.

Purata kepekatan zarah mikroskopik atau dikenali sebagai PM2.5 berada di bawah tahap 30 mikrogram per meter padu, turun 9.1 peratus.

Selain itu, kualiti air sungai Yangtze dan sungai Zhu kekal pada tahap baik, manakala kualiti air sungai Kuning menunjukkan perubahan positif pada 2021.

Difahamkan, laporan mengenai keadaan persekitaran dan pencapaian objektif perlindungan alam sekitar itu diserahkan kepada sesi ke-34 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 untuk dibahaskan pada Isnin.