Pemulihan Sektor Perindustrian China Mampan

2022-04-19 15:08:29  CRI
Share with:

Sektor perindustrian China mengekalkan pemulihan yang mampan pada suku tahun pertama, di samping menyaksikan kemajuan dalam memanfaatkan teknologi maklumat.

Demikian dimaklumkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) dalam sidang media yang berlangsung hari ini.

Difahamkan, beberapa petunjuk utama perindustrian meningkat dengan stabil dan berada pada julat yang munasabah.

Dalam pada itu, nilai tambah industri berskala besar naik 6.5 peratus pada suku tahun pertama, 2.6 mata peratusan lebih tinggi berbanding suku keempat 2021.

Antaranya, nilai tambah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyaksikan peningkatan pada kadar 7.8 peratus.

Persekitaran untuk pembangunan PKS terus ditambah baik berikutan pelaksanaan dasar-dasar bagi membantu perusahaan tersebut termasuk mengurangkan kutipan cukai dan menyediakan sokongan dari segi pinjaman kredit.