CMG Siar Program Khas Sempena Hari Bahasa Cina PBB

2022-04-20 14:26:27  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) akan menyiarkan program “Voice” edisi khas sempena Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Program itu akan menjemput pakar linguistik China dan 100 orang peminat bahasa Cina dari 42 buah negara, untuk berkongsi ilmu mengenai bahasa berkenaan serta pengalaman dalam interaksi budaya antara China dengan pelbagai negara.

Hari Bahasa PBB dilancarkan pada 2010 bagi mendorong kepelbagaian bahasa dan budaya, dan memastikan penggunaan saksama antara enam jenis bahasa rasmi PBB.

Dalam pada itu, Hari Hujan Birijin atau Guyu ditetapkan sebagai Hari Bahasa Cina bagi memperingati Cang Jie yang dianggap sebagai pencipta bahasa bangsa Cina.