Xi Hadir Perasmian Sidang Tahunan BFA Esok

2022-04-20 10:48:42  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) dan menyampaikan ucaptama menerusi pautan video esok.

Antara pemimpin negara asing dan ketua pertubuhan antarabangsa yang turut hadir secara maya termasuk Presiden Israel Isaac Herzog, Presiden Mongolia Ukhnaagiin Khurelsukh, Presiden Nepal Bidhya Devi Bhandari, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Kazakhstan Alikhan Smailov dan Perdana Menteri Laos Phankham Viphavanh serta Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva.