Kolaborasi BRI Terus Diperluas

2022-04-20 11:55:36  CRI
Share with:

Lebih 200 dokumen kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah dimeterai antara China dengan 149 negara dan 32 pertubuhan antarabangsa setakat ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), Meng Wei dalam sesi taklimat pagi tadi berkata, lingkungan sahabat BRI terus diperluas apabila China menjalin kerjasama berkenaan dengan Nicaragua, Syria, Argentina dan Malawi sejak awal tahun ini.

Dalam perkembangan lain, kereta api kargo China-Eropah telah melakukan 3,630 perjalanan pada suku tahun pertama, meningkat tujuh peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ia sekali gus memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan antarabangsa.