Xi: Perkasa Pembinaan Kerajaan Digital, Pembaharuan Sistem Fiskal

2022-04-20 13:29:04  CRI
Share with:

Strategi membina kuasa siber yang kuat perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, sementara penggunaan teknologi digital diperkasa dalam perkhidmatan kerajaan bagi memacu modenisasi sistem serta kemampuan tadbir urus negara.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat ke-25 suruhanjaya pusat untuk usaha memperdalam pembaharuan secara menyeluruh pada Selasa.

Beliau turut menegaskan perlunya meneliti semula perhubungan fiskal antara kerajaan bagi memastikan keseimbangan dalam pengagihan sumber kewangan serta antara kuasa dan tanggungjawab, agar menyumbang kepada pembentukan pasaran domestik bersatu dan pembangunan berkualiti.

Menurut mesyuarat itu, pembangunan kerajaan dengan memanfaatkan teknologi digital merupakan langkah penting bagi menginovasi tadbir urus kerajaan.

Usaha itu signifikan bagi mempercepat transformasi fungsi kerajaan, dan membangunkan kerajaan bersih yang menjalankan pentadbiran berlandaskan undang-undang dan berteraskan perkhidmatan.