Kenderaan Tenaga Baharu China Cecah 10 Juta

2022-04-20 13:59:51  CRI
Share with:


Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China mendedahkan  jumlah kenderaan tenaga baharu di negara Tembok Besar kini mencecah 10.33 juta, sekali gus menjadi peneraju penting dalam transformasi elektrik industri kenderaan global.

 

Menurut statistik yang dikeluarkan, skala industri kenderaan tenaga baharu mencatat rekod baharu mulai tahun ini.

 

Difahamkan, penghasilan dan penjualan kenderaan tenaga baharu masing-masing mencapai 1.293 juta dan 1.257 juta pada suku pertama tahun ini dengan meningkat 1.4 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu.

 

Manakala, kadar penembusan pasaran pula mencapai 19.3 peratus, iaitu meningkat sebanyak 11.4 peratus berbanding tempoh sama 2021.

 

Jurucakap kementerian tersebut, Luo Junjie menyatakan bahawa jumlah jualan kenderaan tenaga baharu jenama China meningkat 1.5 kali ganda.

 

"Kenderaan jenama China menduduki 75.1 peratus dalam kesemua penjualan kenderaan tenaga baharu dan angka ini bertambah dua peratus berbanding tahun lalu.

 

"Pada masa yang sama, penghasilan dan penjualan FCEV (fuel cell electric vehicle) masing-masing meningkat 7.2 kali ganda dan 3.9 kali ganda," ujar beliau.


 

Sementara itu, penghasilan kenderaan elektrik yang bermodelkan 'battery swap' kini menghampiri angka 40 ribu, iaitu meningkat sebanyak 82 peratus.

 

Untuk rekod, kini terdapat sejumlah 492 ribu tiang pengecas (charging pile) di China termasuk 85 ribu tiang pengecas awam dan 407 ribu untuk kegunaan peribadi.