China, Penyumbang Pemulihan Ekonomi Dunia

2022-04-20 11:48:50  CRI
Share with:

Dengan sistem perindustrian lengkap, pasaran raksasa berpotensi besar, limpahan faedah daripada pembaharuan dan keterbukaan serta keupayaan tinggi tadbir urus ekonomi, China mampu mengatasi pelbagai risiko dan cabaran hingga mewujudkan kemampanan ekonomi. 

Ia sekali gus akan menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada pemulihan ekonomi dunia, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing pada Selasa.

Wang menyatakan, dalam senario persekitaran antarabangsa yang kompleks dan wabak COVID-19 masih menular, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China tetap merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.8 peratus pada suku pertama tahun ini.  Prestasi memberangsangkan itu adalah sukar untuk dicapai.

Menurutnya, pada suku tahun pertama, jumlah import dan eksport barangan meningkat 10.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala penggunaan sebenar modal asing oleh China menokok 25.6 peratus.

Ini mencerminkan sumbangan positif China dalam menstabilkan rantaian perindustrian dan bekalan global serta menggalakkan pemulihan berterusan ekonomi dunia.