Sidang Tahunan BFA Berlangsung

2022-04-20 17:39:47  CRI
Share with:

Para peserta sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) diharap mengadakan perbincangan secara mendalam dan mencapai konsensus bagi menyumbang kepada pembangunan bersama dan masa depan yang indah.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Rabu.

Menurut beliau, sidang tahunan BFA 2022 akan diadakan secara hibrid bermula 20 hingga 22 April.

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucaptama menerusi pautan video esok.

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng akan turut menghadiri majlis perasmian dan agenda sidang tahunan tersebut.