Bunga Tulip Bermekaran Indahkan Tebing Sungai Yongding
2022-04-21 22:13:03 CRI
Bunga tulip yang berkembang mekar di tepi sungai Yongding menarik kedatangan banyak pengunjung.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pekan Beizangcun di daerah Daxing Beijing memanfaatkan sumber hutan di tepi sungai Yongding untuk memperkasakan industri pelancongan ‘hutan+’. Ini bukan sahaja meningkatkan ekonomi hijau di kawasan itu, malah juga mendorong perkembangan industri inap desa yang turut menambah pendapatan penduduk tempatan.