BFA Unjur Ekonomi Asia Berkembang 4.8 Peratus

2022-04-21 12:06:02  CRI
Share with:

Ekonomi Asia dijangka mampu mencatatkan pertumbuhan sehingga 4.8 peratus bagi tahun ini, meskipun berdepan gangguan pemulihan akibat situasi semasa.

Sidang tahunan 2022 Forum Asia Boao (BFA) pada Rabu menyiarkan dua laporan, menyenaraikan faktor-faktor yang memberikan impak kepada ekonomi Asia pada tahun ini.

Antara faktor utama ialah gelombang varian Omicron, ketegangan geopolitik Asia-Eropah menyusuli krisis Ukraine, lonjakan harga tenaga dan barang makanan, dan sebagainya.

Laporan itu berbunyi, ekonomi Asia masih berada pada fasa pemulihan, dengan kadar pertumbuhan mungkin akan perlahan, dan lebih rendah daripada unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 5.2 peratus.