Santapan Minda: Aman Damai Bawa Kemakmuran

2022-04-21 16:21:22  CRI
Share with:

Aman damai bawa kemakmuran, hiruk-pikuk undang kepapaan.

Tafsiran: Dipetik daripada karya Guan Zhong, ahli falsafah China pada zaman Chunqiu (770SM - 476SM), ungkapan ini membawa erti bahawa sesebuah negara yang kekal tenteram lazimnya dilimpahi kemakmuran, manakala yang berada dalam keadaan kelam-kabut mudah terjebak ke kancah kemiskinan. Lantaran itu, kesejahteraan rakyat perlu diangkat sebagai prioriti dalam tadbir urus negara.