Pelbagai Aktiviti Sempena Hari Bumi Sedunia

2022-04-21 15:21:38  CRI
Share with:


Menjelang Hari Bumi Sedunia ke-53, aktiviti Minggu Taman Geografi Asia Pasifik ke-3 yang juga “Interaksi Taman Adik Beradik Persahabatan” anjuran 22 buah taman geografi seperti Taman Geografi Dunia Gunung Danxia dan Taman Geografi Dunia Gunung Yandang akan diadakan untuk menyeru kesedaran terhadap perubahan iklim dan menjaga Bumi.

 

Aktiviti tersebut dengan tema utama “Cintai Bumi, Simbiosis Manusia dengan Alam” akan diadakan pada 22 hingga 28 April nanti.

Pelbagai aktiviti pendidikan seperti tayangan video, wacana penstriman, pertandingan kuiz dan ceramah akademik dijangka akan diadakan secara dalam dan luar talian.