Elektrik Hijau Ditawarkan untuk Semua Venue Sidang Tahunan BFA

2022-04-21 14:17:12  CRI
Share with:

 

Sidang Tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2022 telah membuka tirainya di provinsi Hainan, pada Rabu.

 

Menurut maklumat daripada Grid Tenaga Elektrik Selatan China, kesemua venue bagi sidang tahunan BFA kali ini buat pertama kalinya menggunakan elektrik hijau yang diwujudkan melalui transaksi tenaga elektrik.

 

Jawatankuasa penganjur sidang tahunan BFA telah menjalankan transaksi elektrik hijau sebanyak satu juta kilowatt-jam melalui pusat transaksi tenaga elektrik Hainan.

 

Difahamkan, tenaga hijau itu berasal dari logi janakuasa fotovoltaik di Wenchang, timur laut pulau Hainan.

 

Penggunaan elektrik itu sama dengan mengurangkan penggunaan kira-kira 300 tan arang batu, sekali gus mengurangkan pelepasan korbon dioksida kira-kira 750 tan.