Xi Balas Surat Murid Britain

2022-04-22 11:09:57  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping membalas surat murid-murid dari Sekolah Francis Holland Britain berhubung isu perubahan iklim.

Dalam suratnya, Xi berkata Bumi bagai sebuah keluarga besar, dan umat manusia tergolong dalam satu komuniti. Perubahan iklim menimbulkan cabaran yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk menangani isu itu.

Menurut beliau, bangsa China menghormati dan mencintai alam semula jadi sejak zaman dahulu.

Xi mengakui dirinya sentiasa mengambil berat terhadap isu perubahan iklim, seperti diibaratkannya gunung hijau dan air jernih bagaikan timbunan emas dan perak.

Konsep ini telah lama tersemai di kalangan masyarakat, dan budaya melindungi alam sekitar diamalkan dalam kehidupan setiap rakyat, bak menjaga mata dan nyawa sendiri.

Usaha memajukan pembangunan hijau demi membina China yang indah diperkasakan di seluruh negara menerusi siri tindakan.

Presiden itu turut menjemput murid-murid tersebut melawat dan melihat sendiri negara China, dan mengadakan kunjungan ke loji janakuasa angin dan stesen janakuasa solar terbesar dunia serta hutan buatan manusia terluas dan taman negara yang indah.

Selain menggalakkan mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya di China, Xi meluahkan harapan agar konsep pembangunan hijau berakar umbi di dalam hati mereka dan semoga mereka membesar menjadi pembina tanah air yang mempesona.

Terletak di London, Sekolah Francis Holland merupakan sebuah sekolah antarabangsa untuk perempuan. Baru-baru ini, pelajar darjah empat di sekolah itu menulis surat kepada Xi mengenai isu perubahan iklim.