Inisiatif ILO Dipraktik dengan Berjaya di Xinjiang

2022-04-22 14:39:27  CRI
Share with:

Kerajaan pelbagai peringkat di wilayah Xinjiang melaksanakan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan hak dan kepentingan pekerja terjamin, di samping berusaha menggalakkan pengambilan pekerja menerusi sokongan dari segi undang-undang, peraturan dan dasar.

Demikian ujar pengarah kerja legislatif Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Li Juan dalam taklimat media di Beijing hari ini.

Menurut beliau, hak dan kepentingan golongan pekerja di Xinjiang diberi jaminan sepenuhnya termasuk mendapat peluang kerja secara sama rata, memilih kerjaya mengikut minat sendiri, serta hak-hak mendapat gaji, cuti, perlindungan keselamatan, latihan vokasional dan jaminan sosial.

Katanya, pelaksanaan dasar jaminan pekerjaan di Xinjiang selaras dengan piawaian antarabangsa, dan merupakan praktik berjaya inisiatif Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di kawasan kaum minoriti di China.