Inisiatif Keselamatan Global, Praktik Komuniti Berkongsi Nasib

2022-04-22 12:48:27  CRI
Share with:

Inisiatif Keselamatan Global merupakan satu lagi produk awam yang ditawarkan China, serta praktik sebenar visi komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam aspek keselamatan.

Diajukan Presiden Xi Jinping dalam ucaptamanya pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA), inisiatif itu menekankan umat manusia hidup dalam sebuah komuniti keselamatan yang tidak boleh dibahagikan.

Ia menetapkan konsep teras, garis panduan asas, prinsip utama, matlamat jangka panjang serta pendekatan boleh laksana untuk memelihara dan merealisasikan keselamatan global.

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata, inisiatif tersebut akan menjadi pedoman dalam usaha menggalakkan pembaharuan sistem tadbir urus keselamatan sejagat, menangani masalah dihadapi manusia dalam bidang keselamatan dan memacu pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Menurutnya, Inisiatif Keselamatan Global yang menjunjung multilateralisme jitu mengalu-alukan penglibatan semua negara.

China bersedia bertukar-tukar pandangan mengenai inisiatif itu dengan semua pihak menerusi platform Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta saluran bilateral dan multilateral, hingga membentuk sinergi untuk mempercepat pelaksanaannya sekali gus menyumbang kepada keamanan dan ketenteraman dunia.