China Konsisten Pendirian Menentang Buruh Paksa

2022-04-22 12:55:41  CRI
Share with:


China sentiasa konsisten dalam menentang amalan buruh paksa.

Pendirian itu ditegaskan jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin semasa taklimat akhbar di Beijing pada Khamis.

Sesi ke-34 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-13 meratifikasikan Konvensyen Buruh Paksa 1930 dan Konvensyen Pemansuhan Buruh Paksa 1957.

Untuk itu, Wang membalas dengan mengatakan China mengambil berat terhadap perlindungan hak dan kepentingan pekerja, dan mengamalkan sikap positif, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab ke arah meratifikasikan konvensyen antarabangsa berkenaan.