China Diharap Main Peranan Lebih Penting dalam Urusan Antarabangsa

2022-04-22 11:59:30  CRI
Share with:

Inisiatif Keselamatan Global yang dikemukakan Presiden Xi Jinping dalam ucaptamanya pada majlis perasmian sidang tahunan Forum Asia Boao (BFA) mendapat pujian tokoh pelbagai negara, yang mahu melihat China memainkan peranan lebih penting dalam urusan antarabangsa.

Profesor Alessandro Golomblewski Teixeira dari Fakulti Dasar dan Pengurusan Awam Universiti Tsinghua, menganggap inisiatif itu diajukan tepat pada waktunya tatkala masyarakat antarabangsa berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19 dan krisis geopolitik ketika ini.

Teixeira yang juga mantan penasihat ekonomi Presiden Brazil berkata, kecenderungan untuk menyelesaikan masalah menerusi perang semakin ketara di dunia. Tetapi hal sedemikian tidak ingin dilihat rakyat sedunia.

Menurut beliau, inisiatif tersebut turut mencerminkan komitmen China untuk bertindak dalam kerangka multilateralisme, dan ia sangat signifikan bagi masyarakat antarabangsa.