Menjaga Ekologi Kawasan Sumber Tiga Sungai Utama China

2022-04-22 13:28:07  CRI
Share with:

Kawasan sumber tiga sungai utama China, iaitu Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang terletak di provinsi Qinghai, barat laut China.

Mempunyai kedudukan yang amat signifikan dari segi perlindungan ekologi di China, kawasan tersebut sering digelar sebagai “menara air China” dan “menara air Asia”. 

 

Pada suatu ketika lalu, kawasan itu pernah mengalami hakisan tanah dan aliran sungai terputus disebabkan isu alam dan aktiviti manusia.

Pada 2016, taman sumber tiga sungai peringkat negara telah dijadikan sebagai perintis dan keluarga pengembala yang hidup di kawasan terlibat akan mempunyai seorang petugas  untuk menjaga ekologi tempatan.

 

Seramai lebih 20,000 penjaga menjalankan rondaan di taman itu setiap hari dan tugas mereka adalah termasuk mengumpul sampah sarap, mengawal padang rumput di samping menjalankan pemantauan ekologi dan iklim.

Dengan usaha para penjaga alam tempatan, situasi ekologi taman itu bertambah baik pada beberapa tahun lalu, selain turut menyaksikan bilangan haiwan liar meningkat dengan ketara.