Xi Galak Seluruh Masyarakat Banyak Membaca

2022-04-23 14:52:22  CRI
Share with:


Presiden Xi Jinping menggalakkan seluruh masyarakat China supaya lebih banyak membaca ke arah melahirkan masyarakat suka untuk membaca.

Demikian ujar beliau menerusi perutusan tahniah atas perasmian Kempen Membaca Kebangsaan pertama, hari ini.

Xi berkata, amalan membaca merupakan saluran penting bagi setiap insan memperkukuh minda dengan ilmu pengetahuan dan membentuk diri berakhlak mulia.

Menurut beliau, budaya membaca diamalkan bangsa Cina sejak zaman dahulu, dan ia membantu membentuk perwatakan nasional yang celik budaya, berkeyakinan tinggi dan berdikari.

Xi menyuarakan harapan agar ahli dan kader Parti Komunis China (PKC) terus mempertajam minda dengan amalan membaca.

Terhadap kanak-kanak, presiden itu turut menggalakkan si kecil menyemai minat dan tabiat membaca demi mempunyai ilmu mencukupi supaya mampu berfikir serta bertindak dengan bijak.