Anggota CPPCC Aktif Terlibat Aktiviti Membaca

2022-04-24 14:35:54  CRI
Share with:

Anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) mengikuti arahan diberikan Presiden Xi Jinping untuk mengamalkan tabiat membaca.

Xi, yang juga merangkap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), memberi arahan seumpama pada April 2020 sewaktu kempen membaca dilancar CPPCC.

Xi menggesa kesemua anggota terbabit supaya menambah ilmu pengetahuan dan memperkukuh minda dengan bahan bacaan serta mengasah kemahiran dalam mengendalikan tugas yang diamanahkan.

Beliau berharap agar mereka dapat memperkenalkan amalan mulia itu kepada orang ramai, selain menjadi suri teladan kepada masyarakat.

Sepanjang dua tahun lalu, Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC giat menterjemahkan pesanan Xi melalui tindakan, dengan mewujudkan platform membaca secara dalam talian yang dikunjungi lebih 2.62 juta kali dengan lebih 470,000 komen ditinggalkan, membabitkan 2,104 anggota.

Arahan Xi menonjolkan peri pentingnya melaksanakan aktiviti membaca serta melakar hala tuju kempen membaca, menurut Wang Yang, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC apabila bersimposium bagi mengkaji semula kempen membaca, di Beijing pada Jumaat.

Wang menyeru semua anggota supaya mendalami arahan Xi dan memanfaatkan sepenuhnya kempen membaca untuk meningkatkan kebolehan dalam menjalankan tugas dan menggunakan yang dipelajari dalam kerja rutin.