'Ciptaan China' Manfaatkan Dunia

2022-04-25 15:41:08  CRI
Share with:

China merupakan negara pertama di dunia yang berjaya mencipta dan mempopularkan padi kacuk, iaitu teknologi pertanian paten pertama China diperkenalkan kepada negara asing, dan turut dikenali sebagai "Revolusi Hijau Kedua".

Teknologi itu disenaraikan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) sebagai teknologi pilihan pertama untuk menyelesaikan masalah kekurangan makanan di negara-negara membangun.

Padi kacukan China telah diperkenalkan ke lebih 60 negara dan kawasan, selain memberikan sumbangan yang penting terhadap sekuriti makanan dunia.

Selain itu, sistem satelit pandu arah BeiDou (BDS) yang dibangunkan dan dikendalikan oleh China sepenuhnya pula boleh menyediakan perkhidmatan penentududukan berketepatan tinggi, navigasi, dan masa dalam segenap cuaca dan sepanjang hari.

Pada masa ini, BDS telah berkhidmat untuk lebih 50 peratus negara dan kawasan di dunia, serta menyokong pembangunan sosioekonomi di negara-negara tersebut.

Bahkan, ia juga sekali gus menjadi contoh yang baik bagi China dalam membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dengan tindakan pragmatik.

Menurut Jurucakap Kementerian Luar China pada 18 April, China sedang bekerjasama dengan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA) untuk mengadakan projek kerjasama antarabangsa kumpulan pertama stesen angkasa lepas.

Untuk rekod, ia merupakan kali pertama  projek seumpama dibuka kepada negara anggota Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

China membuka stesen ruang angkasa merupakan bahagian penting bagi inisiatif  PBB untuk "berkongsi ruang angkasa lepas" dan merupakan "teladan yang gemilang".

Virus Omicron sedang menular dengan pantas di pelbagai negara pada masa ini dan vaksin merupakan medium penting untuk melawan wabak.

Menurut Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), China merupakan sumber terbesar permohonan paten yang berkaitan dengan vaksin dan rawatan COVID-19.

Sehingga April ini, China telah menyediakan lebih 2.1 bilion dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa. China akan terus menghulurkan vaksin kepada Afrika dan ASEAN masing-masing sebanyak 600 juta dos dan 150 juta dos, bagi menyumbang kepada penghapusan 'jurang imuniti'.