Import-Eksport Hainan Berkembang 95.5 Peratus di Kawasan BRI

2022-04-25 13:32:28  CRI
Share with:

Dalam tempoh suku pertama tahun ini, jumlah import-eksport provinsi Hainan, China meningkat 95.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencecah RMB13.4 bilion (RM8.97 bilion) di kawasan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menurut statistik Kastam Haikou pada Ahad.

Statistik berkenaan juga menunjukkan perinciannya, iaitu eksport mencatat RMB4.05 bilion (RM2.7 bilion), bertambah sebanyak 40.5%, manakala import menokok RMB9.39 (RM6.28 bilion) dengan meningkat 135.2 peratus.

Dalam  tempoh yang sama, perdagangan antara Hainan dengan ASEAN pula bertambah sebanyak 28.5 peratus, dengan mencatat RMB6.21 bilion (RM4.15 bilion), iaitu merupakan 46.2 peratus keseluruhan perdagangan antara provinsi itu dengan negara-negara yang terlibat dalam kerangka BRI.

Komoditi utama yang diimport Hainan dari ASEAN meliputi barangan kimia organik dan arang batu, manakala barangan eksport utama adalah minyak siap. Import dan eksport  sama-sama menyaksikan peningkatan stabil.