China Bersikap Terbuka, Mahu Penggunaan Angkasa Lepas Secara Damai

2022-04-25 14:39:14  CRI
Share with:

Pusat Kerjasama Antarabangsa Data dan Penggunaan Satelit dan Pusat Data dan Penggunaan Satelit Penderiaan Jauh Negara-negara BRICS (China) ditubuhkan bersempena Hari Angkasa China 2022 yang jatuh pada Ahad.

Naib Ketua Pengarah CNSA, Wu Yanhua dalam ucapannya menyatakan bahawa penubuhan kedua-dua pusat yang terletak di Kota Angkasa Wenchang, Hainan itu adalah untuk mendorong perkhidmatan data satelit China ke lingkungan global.

Beliau berkata, ia juga akan menyediakan sokongan kepada penggunaan data satelit penderiaan jauh di negara BRICS dan menyumbang kepada usaha merealisasikan matlamat pembangunan mampan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2030.

Menurut Ketua Pengarah CNSA, Zhang Kejian, peneronkaan angkasa lepas merupakan impian bersama umat manusia dan kerajaan China sentiasa berusaha ke arah penggunaan angkasa secara damai.

Jelas beliau, pihaknya akan terus berpegang kepada prinsip sama rata dan saling menguntungkan, penggunaan secara damai, pembangunan inklusif dan menyumbang kepada usaha manusia untuk menerokai angksa lepas dan kesejahteraan rakyat seluruh dunia.

Difahamkan, China juga akan terus bersikap terbuka, berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan di ruangan angkasa lepas.