536 Ribu Pembeli Terdaftar Kunjungi Canton Fair, Rekod Baharu

2022-04-26 14:08:23  CRI
Share with:

Jumlah pembeli terdaftar dari 228 negara dan  rantau di seberang laut yang pernah mengunjungi Canton Fair Ke-131 yang menutup  tirainya pada Ahad lalu, melambung 41.8% berbanding edisi sebelumnya dengan  mencatat 536,000 orang, iaitu satu rekod baharu dalam  sejarahnya.

Menurut pihak penganjur pameran itu yakni Pusat Perdagangan Luar China (CFTC), jumlah pembeli dari kawasan pelaksanaan  Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatat 298,100 orang, iaitu menduduki 55.6%  keseluruhan.

Dimaklumkan, sebanyak 3.05 juta produk pameran dari 25,500 perusahaan telah dimuatnaik gambar atau klip videonya, antaranya  951,500 adalah produk baharu. Ketiga-tiga angka itu juga merupakan satu rekod  baharu. Pavilion pameran dalam talian telah dikunjungi sebanyak 6.22 juta kali,  sekali gus menyaksikan pertukaran kad nama elektronik sebanyak 210,500 keping,  dan interaksi yang dilancarkan pembeli dari seberang laut sebanyak 100,000  kali.