IAEA Harap Tingkatkan Kerjasama Undang-undang Nuklear dengan China

2022-04-26 15:24:23  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berharap terus meningkatkan kerjasama undang-undang nuklear dengan China.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi ketika diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua sempena Sidang Antarabangsa “Undang-undang Nuklear: Perbahasan Global”.

Grossi telah menyanjung tinggi terhadap pembangunan tenaga nuklear, pembinaan sistem undang-undang nuklear di China dan kerjasama yang “bersifat membina” antara China dengan IAEA.

Selain itu, Grossi juga memuji sistem undang-undang nuklear China yang mementingkan keselamatan nuklear. Pada pandangan beliau, “undang-undang tenaga nuklear” yang sedang digubal China merangkumi penghasilan, pengangkutan, sisa-sisa radioaktif dan perlindungan siaran radioaktif.

Grossi menyatakan pihaknya sentiasa mengekalkan “hubungan dialog yang konstruktif ” dengan China. Dalam konteks pembangunan tenaga nuklear di China, Grossi pula menegaskan China sebagai negara penghasil dan pengguna utama dalam bidang tenaga nuklear, bukan sahaja giat mendorong usaha mengurangkan pelepasan karbon melalui pembangunan tenaga nuklear domestik, malahan juga secara aktif mempromosi teknologi tenaga nuklear kepada negara lain. Sehubungan itu, penting sekali bagi IAEA untuk menjalankan kerjasama dengan China dalam bidang keselamatan penggunaan tenaga nuklear.