China Bantah Campur Tangan dan Fitnah Kem Barat

2022-04-26 15:51:03  CRI
Share with:

China mengeluarkan bantahan kepada kem Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS)  berikutan campur tangannya terhadap urusan dalaman China dan langkah biadabnya yang memfitnah China. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, AS dan Kesatuan Eropah telah mengadakan 'dialog mengenai China' buat kali ketiga baru-baru ini dan menyampaikan apa yang disebut keprihatinan terhadap isu Taiwan, Tibet dan 'maklumat palsu yang disebarkan China'.

Sehubungan itu, Wang mengatakan bahawa fakta yang benar membuktikan AS barulah penyebar terbesar berita palsu dan pemusnah kedamaian dan keamanan dunia.

Tambah beliau, AS sudah biasa berdalih pemeliharaan demokrasi, hak asasi manusia, peraturan dan order, bertindak mencipta pemecahbelahan, mencetuskan pertentangan dan merugikan negara lain demi keuntungan sendiri. China berharap EU meningkatkan ketajaman mata terhadap fakta yang benar kerana mereka juga akan mengalami kemudaratan akibat tindakan AS yang bermotifkan laba sendiri.