Wang Yi: GDI Mendapat Sokongan Luas

2022-04-26 14:19:36  CRI
Share with:

Inisiatif Pembangunan Global (GDI) anjuran Presiden China Xi Jinping bertujuan untuk menyeru masyarakat antarabangsa menumpu kepada pembangunan, mengukuhkan kerjasama pembangunan antarabangsa dan mempercepatkan pelaksanaan Agenda PBB 2030 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian semasa ditemui penyelaras Sistem Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke China, Siddharth Chatterjee di Beijing pada Isnin.

Wang Yi berkata GDI mendapat respons positif dari Setiausaha Agung PBB António Guterres dan sudah menyaksikan penglibatan aktif kebanyakan negara anggota PBB sebaik sahaja ia dikemukakan.

“Setakat ini, lebih daripada 100 negara telah menyatakan sokongan mereka terhadap GDI, dan lebih daripada 50 negara telah menyertai Kumpulan  Persahabatan GDI yang ditubuhkan China di platform PBB,” kata Wang.  

Wang Yi menegaskan, China mementingkan kerjasama dengan Sistem Pembangunan PBB dan bersedia berusaha bersama dengan PBB untuk mendorong pembangunan global.

Siddharth Chatterjee pula memberikan penghargaan yang tinggi kepada GDI dengan berkata, pihaknya bersedia untuk mengukuhkan komunikasi dan penyelarasan dengan China bagi memajukan GDI, selain mengemukakan cadangan secara aktif untuk menjalankan kerjasama praktikal.