Imej Berharga Kapal Angkasa Shenzhou-13 Jadi Bahan Dokumentari

2022-04-27 13:17:24  CRI
Share with:

Kapsul kepulangan kapal angkasa Shenzhou-13 yang selamat mendarat di Bumi baru-baru ini dibuka pada Selasa.

Antara item dibawa pulang bersama adalah termasuk imej dengan standard teknikal tertinggi yang diambil oleh manusia di angkasa lepas setakat ini.

Pada masa akan datang, data tersebut akan menjadi bahan dalam dokumentari Terbang di Angkasa Lepas.

Pada Tahun Baharu China (TBC) tahun ini, kru kapal angkasa Shenzhou-13 yang terdiri tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu menyambut perayaan tradisional tersebut di Stesen Angkasa Lepas pertama China.

Wang Yaping ketika itu menggunakan satu kamera khas untuk merekodkan detik istimewa Ye Guangfu yang menggunting rambut Zhai Zhigang.

Kamera yang digunakan itu ialah kamera berdefinisi ultra tinggi (UHD) 8K yang dibangunkan khas oleh Kumpulan Media China (CMG).

Peralatan tersebut menggunakan standard teknikal "8K, 50 bingkai, bingkai penuh", yang merupakan standard teknikal tertinggi bagi rakaman manusia di ruangan angkasa lepas setakat ini.

Momen menarik lain yang dirakam oleh kamera beresolusi tinggi itu termasuk pemandangan ruangan angkasa lepas yang indah permai dan saat angkasawan tinggal di stesen angkasa selama enam bulan tersebut akan turut dikongsikan dalam dokumentari Terbang di Angkasa Lepas yang bakal ditayangkan tahun ini.